Menundukkan Pandangan
Memelihara pandangan kepada bukan mahram, apatah lagi menonton video lucah dan gambar-gambar membuka aurat yang memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.
Allah berfirman: Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].
Tutur Kata Lucah
Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya leka berkomunikasi melalui telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sehinggakan istilah moden yang amat dikenali oleh muda mudi iaitu ‘phone sex’ seolah-olah menjadi perkara biasa. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.
Bersentuhan sesama bukan Mahram
Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].
Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.
Keluar bersama tanpa Mahram yang dipercayai.
Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini walaupun ketika di jalanan. Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:
“Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan.” [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].
Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.
Berdua-duaan Tanpa ditemani Mahram.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: “Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan” [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib]. Dalam hadis yang lain: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya” [al-Bukhari dan Muslim].
Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya ‘dating’ jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas.
Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.
Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.
Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah. Namun ianya hanyalah penyelamat kepada pembunuhan bayi setelah usaha pencegahan awal yang dibuat itu benar-benar menjadi realiti. Begitu indahnya Islam. Ianya memberikan suntikan pencegahan awal sebelum mendatangkan vaksin dalam merawat kesakitan.
Sumber: Klik sini
Thursday, May 5, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Aku VS Cinta
Cinta?Apa itu cinta? Aku? Ya aku takut untuk bercinta..aku takut untuk menyintai, dan aku takut untuk dicintai..kejamkah aku?Ya usiaku kini sudah hampir mencecah angka 21 tahun..muda lagi..hehe..bagi aku belum masanya untuk aku fikirkan hal ini..masih banyak yang lebih perlu lebih diutamakan..
Aku? ya aku akui aku agak sukar untuk bergaul dengan lelaki..lelaki?ya lelaki..aku berasa tidak selesa jika berada di samping lelaki atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki(sebenarnya takda pun..haha)..tidak normalkah aku?owhh..aku mempunyai simptom malu yang teramat sangat dengan kaum lelaki..tapi biasanya aku buat2 biasa saja..tapi dalam hati Allah saja yang tahu bertapa tidak selesanya aku bila berhadapan dengan lelaki.. bak kata orang putih "You may appear real macho in public, but deep down inside you are shy and weak"..ehh tapi aku bukan macho..hehehe..macho tu sesuai untuk lelaki saja..
Kenapa aku takut untuk bercinta?atau istilah orang muda sekarang ni bercouple...kerana aku tahu kelemahan aku sebagai seorang perempuan yang mudah asyik dibuai perasaan apabila berkasih..bak kata orang cepat cair..hehe..
Aku tidak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yg hina di sisi Allah. Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka utk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yg wujud di muka bumi ini.
Aku takut apabila aku menyayangi seseorang, aku akan menyanyangi dia lebih dari dia menyanyangi aku. Dan aku juga takut apabila dia menyayangi aku, lebih dari aku menyayangi dia. Tidak adil kan? Tapi mana kita nak tahu kan..itu semua hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu..dan diri dia dan Allah saja yang tahu..
Tentu pernah atau sering kita dengar, seseorg wanita sanggup m'buat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, m'jual harta, hanya kerana seorang lelaki yg belum menjadi miliknya. Sungguh aku memang takut untuk bercinta, dusta jika aku mengatakan tidak pernah dalam hati aku ini menginginkannya seperti orang lain.
Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yg hak dan berhak sahaja. Bukan kerana aku membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yg menyintai aku. Tapi kerana aku tahu dimana titik lemah aku. Dan cinta itu aku simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yg aku berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanya kerana Allah semata2.
"Ya ALLAH, Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu. Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku kedalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hatiMu"
Indahnya cinta selepas adanya akad yang menghalalkan perhubungan..
Subscribe to:
Posts (Atom)