Monday, June 20, 2011

Budak-budak sekarang ni


Hari-hari yang mendatang ini terasa semakin mencabar rasanya. Kadang-kadang terasa tidak masuk akal pula apabila terdengar cerita demi cerita. Cerita apa tu?huhu.. Maksud saya, generasi muda masa sekarang ini, macam-macam cerita yang kadang-kadang saya rasa hishh betul ke, tak kan la kan dorang nak buat macam tu, ishh tak percaya la. Ya itulah yang sering bermain di fikiran saya ketika ini. 

Tapi itulah hakikat dunia yang semakin moden sekarang ni, jadi kehidupan kita pun sudah semakin moden. Moden tu tak salah, cuma cara pembawakan kemodenan itu yang salah. Masyarakat kini terlampau taksub akan kemodenan hingga meminggirkan norma-norma kehidupan Islam. Mungkin ada antaranya yang merasakan kehidupan berlandaskan Islam itu sudah tidak sesuai pada zaman ini, ada juga yang menganggap Islam itu kolot dan buat itu tak boleh buat ini tak boleh, buat itu berdosa buat ini berdosa. Jadi mereka mengenepikan cara hidup Islam. Sedih rasanya dan segala perasaan itu bercampur baur, ada rasa sedih, rasa takut, tak percaya, risau dan semua perasaan itu menjadi satu.

Bila kita lihat remaja-remaja yang baru belasan tahun umurnya, macam-macam hal yang kita dengar, baca dan yang berada di sekeliling kita. Dilihat masalah mereka ini tidak pernah habis dan berlarutan serta semakin hampir ke tahap yang membahayakan. Ha membahayakan?? Ya membahayakan!! Mereka sudah tiada hilang rasa malu, rasa hormat kepada orang tua dan apatah lagi hormat kepada ibu bapa. Sehingga sanggup memukul ibu bapa sendiri dan guru-guru mereka sekalipun tidak terkecuali. Memang bukan semua yang bersikap begitu, cuma saya berkata secara umumnya sahaja. Kita sendiri tahu, sejak kebelakangan ini, sudah berapa kali kita dengar atau baca di akhbar tentang murid sekolah yang memukul guru, memukul ibu bapa. 

Sehingga saya rasakan sudah malas dan takut mahu membaca akhbar, kerana macam-macam berita yang tak sanggup untuk saya membacanya.
Umur baru belasan tahun yang masa paginya berada di sekolah dan masa malamnya entah kemana-mana. Meraka tanpa segan silu berbicara sesama teman sebaya yang bukan sejantina sekalipun perihal seks dan sebagainya. Seolah-olah hal itu halal bagi mereka untuk perbualan harian, seperti sudah tiada topik lain bagi  meraka untuk berbiacara. Sepatutnya ketika ini perihal pelajaran yang perlu di utamakan. Bila dikenangkan hal mereka ini, kadang-kadang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata. 

Saya sendiri takut memikirkannya, ini kerana saya juga ada adik-beradik yang berada diusia itu dan saya pun baru melepasi usia itu, dan saya amatlah takut jika ia berlaku di kalangan mereka. Masa sekarang ini pun remaja-remajanya sudah teruk akhlaknya apatah lagi di zaman-zaman akan datang. Nabi SAW pernah berkata “ Jika ingin melihat pemimpin masa hadapan lihat sahaja remaja-remaja masa kini”, lebih kurang begitulah kata-katanya.

Yang lebih menakutkan saya, baru-baru ini saya ada mendengar cerita tentang budak-budak sekolah rendah sekarang ni, entah macam mana boleh terkeluar cerita hal budak-budak sekolah rendah dan kira bekas sekolah rendah saya jugalah. Dan amat susah untuk saya percayai cerita yang disampaikan itu. Mereka seolah-olah sudah tiada atau hilang minat untuk belajar. Meraka hanya datang ke sekolah tapi hakikatnya hanya jasadnya yang ada tapi fikiran entah ke mana. Dalam kelas boleh bersembang pasal seks, liwat semua tu. Ha itu baru umur 9, 10 tahun tu tapi bersembang mengalahkan orang sudah berkahwin. 

Kita juga tahu, faktor-faktor mereka jadi macam tu ialah pengaruh dari video-video lucah/porno, majalah, internet dan televisyen yang hangat membicarakan hal-hal dalam kain ini. Jadi ini sedikit sebanyak mempengaruhi mereka. Yang tak sangkanya, mereka bukannya tengok video sahaja tapi tengok life terus. Sanggup mereka mengintai ke rumah orang-orang yang sudah berkahwin atau baru berkahwin untuk mendapatkan…(faham-faham sendirilah)..ha itu baru sekolah rendah..saya ulang lagi SEKOLAH RENDAH!!! Dalam fikiran mereka sekarang ini hanya benda itu sahaja, sudah tiada lagi hal-hal pelajaran. 

Cerita lain yang saya dengar, cerita di sekolah agama yang bermula pada sebelah petang. Biasanya, mereka akan solat asar di surau sekolah. Tapi malangnya ada satu hari itu, Ustaz masuk ke surau, entah macam mana terkantoi la budak-budak ni. Nak tahu mereka buat apa?? Ha!! Budak-budak perempuan boleh pulak mereka tanggalkan kain sekolah dan seluar lepas tu pakat dok tunjuk kat budak-budak lelaki. Aduhh ternganga saya mendengarnya, rasa tak percaya pun ada,.tapi itulah hakikatnya. Baru sekolah rendah tu, macam mana la kalau dah masuk sekolah menengah nanti. Sifat malu itu seolah-olah sudah tiada pada diri mereka lagi.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih akan perlaksanaan Notebook 1 Malaysia yang dijalankan baru-baru ini. Hampir sebahagian besar pelajar sekolah menengah yang telah mendapat notebook ini. Secara tak langsung ini mendekatkan mereka dan membolehkan mereka menggunakan komputer sendiri tanpa pengawasan dari ibu bapa. Dengan itu juga mungkin boleh mengurangkan pengunjung-pengunjung remaja di cyber cafĂ© untuk bermain game kerana mereka sudah ada notebook sendiri. 

Seperti yang kita tahu kebanyakan ibu bapa tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang penggunaan komputer ini, jadi ini memudahkan anak-anak untuk menggunakannya sebebas-bebasnya tanpa pengawasan dari ibu bapa. Agak sukar untuk para ibu bapa menggunakannya jika anak-anak mereka menggunakan kata laluan untuk membuka notebook tersebut. Sebenarnya pemberian notebook ini ada pro dan kontra nya sendiri. Bagi saya, saya tidak begitu setuju akan pemberian notebook kepada pelajar sekolah menengah kerana ketika ini mereka tidak terlalu memerlukannya berbanding pelajar-pelajar university. 

Alangkah bagusnya jika pemberian notebook itu diberikan kepada pelajar university bagi memudahkan mereka untuk menyiapkan assignment dan sebagainya. Bagi saya banyak kesan negatifnya kepada mereka antaranya, mereka akan mudah untuk melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya, boleh mendownload gambar-gambar mahupun video-video yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana ketika ini mereka mempunyai rasa ingin tahu dan rasa keterujaan yang tinggi. Kita juga tahu penggunaan handphone yang tidak sudah-sudah atau berkurangan kesan negatifnya, inikan pula penggunaan notebook. Ini semua terletak di tangan mereka yang mana hanya mereka yang boleh memilih jalan yang betul mahupun salah. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment