Wednesday, June 22, 2011

Bercouple VS Taaruf



 Kini terlalu mudah melihat remaja bercouple. Di jalan, shopping complex, kampus dan di mana-mana saja. Tambahan sekarang ini ada acara TV yang menggalakkan bercouple-couple. Siri tentang couple-couple ni tak usah cakaplah…
Apa sebenarnya bercouple? Biasanya kalau ada lelaki dan perempuan saling suka, salah seorang menyatakan dan lawannya terima, itu bererti sudah bercouple. Untuk sebahagian orang bercouple itu isinya berjalan berdua, makan, menonton, mencurah perasaan. Yang pentingnya, just for funlah! Ada juga orang yang tujuannya untuk lebih mengenali sebelum pernikahan.
Sebagai umat Islam kita perlu mengkritik apakah bercouple yang banyak dilakukan orang sekarang ini sesuai atau tidak dengan aturan-aturan dalam Islam.

COUPLE
Pertama, orang bercouple biasanya mahu berdua-duaan terus. Beberapa jam tidak telefon dah resah,seharian tak sms dah rindu. Apabila bertemu ingin memandang wajahnya terus. Wah…dunia serasa berbunga-bunga. Apa lagi di tempat sepi mesra-mesraan. Humm, hati-hati! Soalnya Rasulullah bersabda, Tiada bersepi-sepian seorang lelaki dan perempuan, melainkan syaitan merupakan orang ketiga di antara mereka.
Kedua, orang bercouple ibarat telah dimabukkan oleh cinta. Lupa yang lainnya. Dunia serasa milik berdua yang lainnya hanya menumpang. Hati-hati juga, nanti kita mungkin terlupa dengan tujuan Allah menciptakan kita (manusia). FirmanNya, "Dan tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu". (QS 51:56)
Ketiga, bukan rahsia lagi kalau pada zaman serba permisif ini unsure seks dah jadi bumbu penyedap dalam bercouple. Jadi yang ini terang-terang dah tersasar! Memang ramai yang orang bercouple awalnya tidak menjurus ke sana. Tapi gara-gara sering berdua, ada kesempatan, dan diam-diam syaitan dah masuk jarum. Maka terjadilah! Pertama pegang tangan, terus rangkul pinggang, terus cium pipi, terus…terus…terus terbabas. Jangan silap ya, agama kita melindungi kita dengan melarang melakukan perbuatan-perbuatan itu. Firmannya, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk". (QS 15:32) Ternyata al-Quran sudah melakukan tindakan preventif dengan melarang mendekatinya, bukan melarang melakukannya. Rasulullah SAW juga bersabda, "Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu". Jadi pegang-pegangan tangan juga mesti dihindari.
Keempat, ternyata bercouple bukan jaminan akan berlanjutan ke jinjang perkahwinan. Ramai orang di sekitar kita yang sudah bertahun-tahun couple ternyata kandas di tengah jalan. Bercouple pun tidak menjadikan kita tahu segalanya tentang si dia. Banyak yang sikapnya berubah setelah menikah.
Kalaulah kini kita tahu praktik bercouple tidak menjadi satu jaminan bahkan banyak melanggar aturan Allah dan tidak mendapat redhaNya, masihkah kita yang mengaku hambaNya, yang menginginkan syurgaNya, yang takut akan nerakaNya, masih melakukannya??

Tapi kalau bukan dengan bercouple, bagaimana caranya ketemu jodoh? Zaman sekarangkan kita tidak patut mudah percaya sama orang, jadi perlu ada hadnya. Islam punya solusi yang mantap dalam memilih jodoh. Istilahnya popular dengan nama Ta’aruf, ertinya perkenalan.

TA'ARUF
Pertama, ta’aruf itu sebenarnya hanya untuk perkenalan sebelum menikah. Jadi kalau salah satu atau keduanya tidak berasa serasi dan sesuai bolehlah menyudahi ta’arufnya. Ini lebih baik daripada orang yang bercouple lalu putus. Biasanya orang yang bercouple hatinya sudah bertaut sehingga kalau tidak sesuai  sukar putus dan terasa menyakitkan. Tapi ta’aruf, yang insyaAllah niatnya untuk menikah Lillahi Ta’ala, kalu tidak sesuai tawakal sajaa, mungkin memang bukan jodoh. Tidak ada pihak yang dirugikan mahupun merugikan.
Kedua, ta’aruf itu lebih fair. Masa perkenalan diisi dengan saling tukar informasi mengenai diri masing-masing baik kebaikan mahupun keburukannya. Bahkan kalau kita tidurnya sering berdengkur, misalnya, sebaiknya diberi tahukan kepada calon kita agar tidak menibulkan kekecewaan di kemudian hari. Begitu pula dengan kekurangan-kekurangan lainnya, seperti mengidap penyakit tertentu, tak pandai memasak atau yang lainnya. Informasi bukan Cuma dari si calon langsung, tapi juga dari orang-orang yang mengenalnya (sahabat, guru, orang tua si calon). Jadi si calon tidak boleh mengaku dirinya baik. Ini berbeza dengan orang bercouple yang biasanya penuh kepura-puraan. Yang perempuan akan dandan habis-habisan dan malu-malu (sampai makan pun jadi ssedikit gara-gara takut dibilang rakus). Yang laki-laki biarpun sengkek tetap berlagak kaya.
Ketiga , dengan taaruf kita boleh berusaha mengenal calon dan mengumpulkan informasi sebanyak –banyaknya dalam waktu yang sesingkat-singkatnya. Hal ini boleh terjadi kerana kedua belah pihak telah sedia menikah dan sedia membuka diri baik kelebihan mahupun kekurangan. Inikan penghematan waktu yang besar. Cuba bandingkan dengan orang bercouple yang sudah lama sering tetap berasa belum mengenal pasangannya. Bukankah sia-sia belaka?
Keempat, melalui taaruf kita boleh mengajukan criteria calon yang kita inginkan. Kalau ada hal-hal yang sesuai Alhamdulillah tapi kalau ada yang kurang sedikit masih boleh dipertimbangkan dengan hati dan fikiran yang sihat. Keputusan akhir pun tetap berdasarkan dialog dengan Allah melalui solat istikarah. Berbeza dengan orang yang mabuk cinta dan bercouple. Kadang hal buruk pada pasangannya, misalnya suka memukul, suka mabuk, tapi tetap menerimanya padahal hati kecilnya tidak menyukainya. Tapi kerana cinta (atau sebenarnya nafsu) terpaksa menerimanya.
Kelima, kalu memang ada keserasian, biasanya jangka waktu taaruf ke khitbah (lamaran) dan ke akad nikah tidak terlalu lama. Ini boleh menghindarkan kita dari pelbagai macam zina hati. Selain itu tidak ada perasaan digantung pada pihak perempuan. Kerana semuanya sudah jelas tujuannya adalah untuk memenuhi sunnah Rasulullah iaitu menikah.
Keenam, dalam taaruf tetap dijaga adab berhubungan antara laki-laki dan perempuan. Biasanya ada pihak ketiga yang memperkenalkan. Jadi kemungkinan berkhalwat (berdua-duaan) kecil yang ertinya kita terhindar dari zina.

Ternyata taaruf banyak kelebihannya disbanding bercouple dan insya-Allah diredai Allah. Jadi, sahabat….kita mahu mencari kebahagiaan dunia akhirat dan menggapai redha-Nya atau mencari kesulitan., mencuba-cuba melanggar dan mendapat murka-Nya?

Monday, June 20, 2011

Budak-budak sekarang ni


Hari-hari yang mendatang ini terasa semakin mencabar rasanya. Kadang-kadang terasa tidak masuk akal pula apabila terdengar cerita demi cerita. Cerita apa tu?huhu.. Maksud saya, generasi muda masa sekarang ini, macam-macam cerita yang kadang-kadang saya rasa hishh betul ke, tak kan la kan dorang nak buat macam tu, ishh tak percaya la. Ya itulah yang sering bermain di fikiran saya ketika ini. 

Tapi itulah hakikat dunia yang semakin moden sekarang ni, jadi kehidupan kita pun sudah semakin moden. Moden tu tak salah, cuma cara pembawakan kemodenan itu yang salah. Masyarakat kini terlampau taksub akan kemodenan hingga meminggirkan norma-norma kehidupan Islam. Mungkin ada antaranya yang merasakan kehidupan berlandaskan Islam itu sudah tidak sesuai pada zaman ini, ada juga yang menganggap Islam itu kolot dan buat itu tak boleh buat ini tak boleh, buat itu berdosa buat ini berdosa. Jadi mereka mengenepikan cara hidup Islam. Sedih rasanya dan segala perasaan itu bercampur baur, ada rasa sedih, rasa takut, tak percaya, risau dan semua perasaan itu menjadi satu.

Bila kita lihat remaja-remaja yang baru belasan tahun umurnya, macam-macam hal yang kita dengar, baca dan yang berada di sekeliling kita. Dilihat masalah mereka ini tidak pernah habis dan berlarutan serta semakin hampir ke tahap yang membahayakan. Ha membahayakan?? Ya membahayakan!! Mereka sudah tiada hilang rasa malu, rasa hormat kepada orang tua dan apatah lagi hormat kepada ibu bapa. Sehingga sanggup memukul ibu bapa sendiri dan guru-guru mereka sekalipun tidak terkecuali. Memang bukan semua yang bersikap begitu, cuma saya berkata secara umumnya sahaja. Kita sendiri tahu, sejak kebelakangan ini, sudah berapa kali kita dengar atau baca di akhbar tentang murid sekolah yang memukul guru, memukul ibu bapa. 

Sehingga saya rasakan sudah malas dan takut mahu membaca akhbar, kerana macam-macam berita yang tak sanggup untuk saya membacanya.
Umur baru belasan tahun yang masa paginya berada di sekolah dan masa malamnya entah kemana-mana. Meraka tanpa segan silu berbicara sesama teman sebaya yang bukan sejantina sekalipun perihal seks dan sebagainya. Seolah-olah hal itu halal bagi mereka untuk perbualan harian, seperti sudah tiada topik lain bagi  meraka untuk berbiacara. Sepatutnya ketika ini perihal pelajaran yang perlu di utamakan. Bila dikenangkan hal mereka ini, kadang-kadang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata. 

Saya sendiri takut memikirkannya, ini kerana saya juga ada adik-beradik yang berada diusia itu dan saya pun baru melepasi usia itu, dan saya amatlah takut jika ia berlaku di kalangan mereka. Masa sekarang ini pun remaja-remajanya sudah teruk akhlaknya apatah lagi di zaman-zaman akan datang. Nabi SAW pernah berkata “ Jika ingin melihat pemimpin masa hadapan lihat sahaja remaja-remaja masa kini”, lebih kurang begitulah kata-katanya.

Yang lebih menakutkan saya, baru-baru ini saya ada mendengar cerita tentang budak-budak sekolah rendah sekarang ni, entah macam mana boleh terkeluar cerita hal budak-budak sekolah rendah dan kira bekas sekolah rendah saya jugalah. Dan amat susah untuk saya percayai cerita yang disampaikan itu. Mereka seolah-olah sudah tiada atau hilang minat untuk belajar. Meraka hanya datang ke sekolah tapi hakikatnya hanya jasadnya yang ada tapi fikiran entah ke mana. Dalam kelas boleh bersembang pasal seks, liwat semua tu. Ha itu baru umur 9, 10 tahun tu tapi bersembang mengalahkan orang sudah berkahwin. 

Kita juga tahu, faktor-faktor mereka jadi macam tu ialah pengaruh dari video-video lucah/porno, majalah, internet dan televisyen yang hangat membicarakan hal-hal dalam kain ini. Jadi ini sedikit sebanyak mempengaruhi mereka. Yang tak sangkanya, mereka bukannya tengok video sahaja tapi tengok life terus. Sanggup mereka mengintai ke rumah orang-orang yang sudah berkahwin atau baru berkahwin untuk mendapatkan…(faham-faham sendirilah)..ha itu baru sekolah rendah..saya ulang lagi SEKOLAH RENDAH!!! Dalam fikiran mereka sekarang ini hanya benda itu sahaja, sudah tiada lagi hal-hal pelajaran. 

Cerita lain yang saya dengar, cerita di sekolah agama yang bermula pada sebelah petang. Biasanya, mereka akan solat asar di surau sekolah. Tapi malangnya ada satu hari itu, Ustaz masuk ke surau, entah macam mana terkantoi la budak-budak ni. Nak tahu mereka buat apa?? Ha!! Budak-budak perempuan boleh pulak mereka tanggalkan kain sekolah dan seluar lepas tu pakat dok tunjuk kat budak-budak lelaki. Aduhh ternganga saya mendengarnya, rasa tak percaya pun ada,.tapi itulah hakikatnya. Baru sekolah rendah tu, macam mana la kalau dah masuk sekolah menengah nanti. Sifat malu itu seolah-olah sudah tiada pada diri mereka lagi.

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih akan perlaksanaan Notebook 1 Malaysia yang dijalankan baru-baru ini. Hampir sebahagian besar pelajar sekolah menengah yang telah mendapat notebook ini. Secara tak langsung ini mendekatkan mereka dan membolehkan mereka menggunakan komputer sendiri tanpa pengawasan dari ibu bapa. Dengan itu juga mungkin boleh mengurangkan pengunjung-pengunjung remaja di cyber cafĂ© untuk bermain game kerana mereka sudah ada notebook sendiri. 

Seperti yang kita tahu kebanyakan ibu bapa tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang penggunaan komputer ini, jadi ini memudahkan anak-anak untuk menggunakannya sebebas-bebasnya tanpa pengawasan dari ibu bapa. Agak sukar untuk para ibu bapa menggunakannya jika anak-anak mereka menggunakan kata laluan untuk membuka notebook tersebut. Sebenarnya pemberian notebook ini ada pro dan kontra nya sendiri. Bagi saya, saya tidak begitu setuju akan pemberian notebook kepada pelajar sekolah menengah kerana ketika ini mereka tidak terlalu memerlukannya berbanding pelajar-pelajar university. 

Alangkah bagusnya jika pemberian notebook itu diberikan kepada pelajar university bagi memudahkan mereka untuk menyiapkan assignment dan sebagainya. Bagi saya banyak kesan negatifnya kepada mereka antaranya, mereka akan mudah untuk melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya, boleh mendownload gambar-gambar mahupun video-video yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana ketika ini mereka mempunyai rasa ingin tahu dan rasa keterujaan yang tinggi. Kita juga tahu penggunaan handphone yang tidak sudah-sudah atau berkurangan kesan negatifnya, inikan pula penggunaan notebook. Ini semua terletak di tangan mereka yang mana hanya mereka yang boleh memilih jalan yang betul mahupun salah. Wallahualam.

Thursday, June 16, 2011

Masa-masaku



Assalamualaikum..Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas  di dunia ini, moga-moga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang diberi oleh Allah SWT untuk dihari yang akan datang. Hari-hari yang mendatang terasa terlalu pantas berlalu, seperti tidak terasa ianya berjalan. Mulanya setiap minggu dengan hari isnin, sedar-sedar sudah bertemu di isnin depan pula. Seperti tidak sedar akan minggu yang lepas. Seperti yang kita tahu dengan pantasnya masa berlalu ini mengingatkan kita tentang salah satu tanda-tanda kecil akan berlakunya kiamat. Subahanallah..
Jika boleh untuk kita putarkan kembali masa yang sudah berlalu, sudah mungkin kita akan menghargai masa itu..tetapi seperti yang kita tahu mustahil untuk kita kembali kepada masa itu lagi. Hanya kenangan manis atau pahit yang mungkin kita bawa ke hari ini sebagai ingatan dan kenangan yang mungkin akan pudar dek masa yang berlalu. Bagiku ingin sekali aku membawa kenangan yang akan membolehkan aku tersenyum tatkala terkenangnya. Bagi kenangan yang hanya mematikan senyumanku ketika mengenangkannya kuharap ianya pudar dan terkikis dek masa yang berjalan. Malangnya, mustahilkan untukku berbuat demikian, kerana ianya diluar kemampuanku. Kadang-kadang hati nakalku berbicara “Alangkah bagusnya kalau benda yang tak best tu hilang macam tu, dan tak lekat kat hati ni dan tak tinggal di fikiran ni”.
Bila dikenang perkara manis dahulu terasa ingin kembali ke masa itu, seronoknya!! Bila terasa bosan dan ketika itu perkara dahulu muncul di fikiran wahhh hilang bosan terus, tapi bila perkara lalu yang amat memeritkan hati aduuuhh hilang mood terus. Kenapa ya? Huh aku pun tiada jawapan untuk itu, ianya berpangkal pada hati aku sendiri iaitu untuk ikhlas dengan apa yang telah terjadi. Tapi itulah yang susah untuk aku dapatkan keikhlasan dalam hatiku, ianya seperti jauh dariku. Aku berharap ianya hilang sedikit demi sedikit dari hatiku. Tapi ohh nampak gayanya ianya menjadi beban pula. Susah untuk aku berkongsi dengan insan lain. Kan senang jika aku seorang yang mudah untuk bercerita dan berkongsi dengan orang lain. Huh..mogaku mendapat ketenangan hati dan bersabarlah wahai hati agarku boleh tersenyum untuk hari-hari yang mendatang..Wallahualam..

Monday, June 6, 2011

Berduaan Di Alam Siber


Assalamualaikum teman-teman..

Saya tertarik dengan 1 artikel ini, sila baca ya..mungkin ada antara kita yang pernah mengalaminya dan mungkin juga sering melakukannya iaitu berchatting dengan yang berlainan jantina di alam siber..

Zaman sekarang ni, bermacam-macam bentuk social networking yang menjadikan dunia semakin kecil dan perhubungan sesama manusia sudah tiada batasan lagi..kerana hanya dengan 1 klik sahaja boleh memungkinkan kita mendapat kenalan baru..contoh-contohnya Yahoo Messagger, Skype, Facebook,Twitter dan banyak lagi..

Semua terletak dijari kita untuk meneruskannya atau tidak..jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri masing-masing, dan sudah tentunya diri saya sendiri yang sering khilaf dalam berbuat dosa..
KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.




Pedoman Sebelum Kahwin


Ketika kaki melangkah selaju boleh, sejauh mungkin, manfaatkan segalanya.
Kerana kehidupan berumahtangga, tidak mengizinkan kita untuk membuat keputusan menurut pertimbangan sendiri.
Ada banyak (ramai) faktor yang perlu dipertimbangkan.
Saya tidak menganggap itu sebagai suatu kekurangan, malah ia sangat fitrah sebagai sebahagian daripada proses kehidupan.
Rumah tangga bukan SAYA dan AWAK, tetapi KITA dan KAMI.
Akan tetapi, susunlah kehidupan dengan baik.
Kehidupan berumah tangga adalah sesuatu yang dicita-citakan oleh kita semua. Namun ia seumpama kita membuat Masters dan PhD dalam hidup. Medan tumpuan semakin khusus lagi dibataskan. Maka ruang meneroka harus disesuaikan.
Jangan nanti lupa diri. Jiwa masih adventurous, mahu mencuba ke sana sini. Sedangkan isteri dan anak-anak, bukan perhiasan dinding yang sesuka hati di simpan ke almari.
Imad lahir pada 30 November 2006. Ketika saya dan isteri berada di tengah-tengah pengajian Masters. Kembali menjadi pelajar, juga terus bekerja seperti biasa. Ia bukan suatu kehidupan yang biasa. Segalanya luar biasa.
Cabarannya besar, tetapi kematangan diri membolehkan saya dan isteri bertahan dan maju ke depan.
KEINGINAN BERUMAH TANGGA
Memikirkan gelombang hidup berumahtanggalah, saya tidak gembira apabila ada pelajar yang berkata, "saya perlu segera kahwin kerana bimbang terjebak kepada yang haram!"
Adik-adikku,
Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya... semata-mata.
Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab.
Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.
Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah... di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?
Saya tidak sama sekali menghalang perkahwinan semasa belajar. Tetapi janganlah perkahwinan itu semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram.
Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional, bersulamkan emosi pengikat diri. Bekal utama hidup berumah tangga, khususnya bagi sang suami, adalah kekuatan mengawal diri.
Atas kekuatan itu Allah amanahkan Talaq di tangan suami!
Langit tidak selalu cerah...
Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta.
Ada harinya pula, rumah tangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa.
Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri.
Jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.
- Sumber : saifulislam.com

Thursday, May 5, 2011

Solusi dalam menutup pintu-pintu penzinaan

Menundukkan Pandangan

Memelihara pandangan kepada bukan mahram, apatah lagi menonton video lucah dan gambar-gambar membuka aurat yang memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Allah berfirman:  Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].
Tutur Kata Lucah

Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya leka berkomunikasi melalui telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sehinggakan istilah moden yang amat dikenali oleh muda mudi iaitu ‘phone sex’ seolah-olah menjadi perkara biasa. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Bersentuhan sesama bukan Mahram

Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keluar bersama tanpa Mahram yang dipercayai.


Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini walaupun ketika di jalanan. Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:

“Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini  kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan.” [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].

Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.
Berdua-duaan Tanpa ditemani Mahram.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: “Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan” [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib]. Dalam hadis yang lain: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya” [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya ‘dating’ jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas.

Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah. Namun ianya hanyalah penyelamat kepada pembunuhan bayi setelah usaha pencegahan awal yang dibuat itu benar-benar menjadi realiti. Begitu indahnya Islam. Ianya memberikan suntikan pencegahan awal sebelum mendatangkan vaksin dalam merawat kesakitan.


Sumber: Klik sini

Tuesday, May 3, 2011

Aku VS Cinta


Cinta?Apa itu cinta? Aku? Ya aku takut untuk bercinta..aku takut untuk menyintai, dan aku takut untuk dicintai..kejamkah aku?Ya usiaku kini sudah hampir mencecah angka 21 tahun..muda lagi..hehe..bagi aku belum masanya untuk aku fikirkan hal ini..masih banyak yang lebih perlu lebih diutamakan..

Aku? ya aku akui aku agak sukar untuk bergaul dengan lelaki..lelaki?ya lelaki..aku berasa tidak selesa jika berada di samping lelaki atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki(sebenarnya takda pun..haha)..tidak normalkah aku?owhh..aku mempunyai simptom malu yang teramat sangat dengan kaum lelaki..tapi biasanya aku buat2 biasa saja..tapi dalam hati Allah saja yang tahu bertapa tidak selesanya aku bila berhadapan dengan lelaki.. bak kata orang putih "You may appear real macho in public, but deep down inside you are shy and weak"..ehh tapi aku bukan macho..hehehe..macho tu sesuai untuk lelaki saja..
Kenapa aku takut untuk bercinta?atau istilah orang muda sekarang ni bercouple...kerana aku tahu kelemahan aku sebagai seorang perempuan yang mudah asyik dibuai perasaan apabila berkasih..bak kata orang cepat cair..hehe..

Aku tidak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yg hina di sisi Allah. Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka utk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yg wujud di muka bumi ini.

Aku takut apabila aku menyayangi seseorang, aku akan menyanyangi dia lebih dari dia menyanyangi aku. Dan aku juga takut apabila dia menyayangi aku, lebih dari aku menyayangi dia. Tidak adil kan? Tapi mana kita nak tahu kan..itu semua hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu..dan diri dia dan Allah saja yang tahu..
Tentu pernah atau sering kita dengar, seseorg wanita sanggup m'buat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, m'jual  harta, hanya kerana seorang lelaki yg belum menjadi miliknya. Sungguh aku memang takut untuk bercinta, dusta jika aku mengatakan tidak pernah dalam hati aku ini menginginkannya seperti orang lain.

Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yg hak dan berhak sahaja. Bukan kerana aku membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yg menyintai aku. Tapi kerana aku tahu dimana titik lemah aku. Dan cinta itu aku simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yg aku berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanya kerana Allah semata2.

"Ya ALLAH, Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu. Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, Agar tidak terjatuh aku kedalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada hatiMu"

 Indahnya cinta selepas adanya akad yang menghalalkan perhubungan..