Thursday, June 16, 2011

Masa-masaku



Assalamualaikum..Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas  di dunia ini, moga-moga masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang diberi oleh Allah SWT untuk dihari yang akan datang. Hari-hari yang mendatang terasa terlalu pantas berlalu, seperti tidak terasa ianya berjalan. Mulanya setiap minggu dengan hari isnin, sedar-sedar sudah bertemu di isnin depan pula. Seperti tidak sedar akan minggu yang lepas. Seperti yang kita tahu dengan pantasnya masa berlalu ini mengingatkan kita tentang salah satu tanda-tanda kecil akan berlakunya kiamat. Subahanallah..
Jika boleh untuk kita putarkan kembali masa yang sudah berlalu, sudah mungkin kita akan menghargai masa itu..tetapi seperti yang kita tahu mustahil untuk kita kembali kepada masa itu lagi. Hanya kenangan manis atau pahit yang mungkin kita bawa ke hari ini sebagai ingatan dan kenangan yang mungkin akan pudar dek masa yang berlalu. Bagiku ingin sekali aku membawa kenangan yang akan membolehkan aku tersenyum tatkala terkenangnya. Bagi kenangan yang hanya mematikan senyumanku ketika mengenangkannya kuharap ianya pudar dan terkikis dek masa yang berjalan. Malangnya, mustahilkan untukku berbuat demikian, kerana ianya diluar kemampuanku. Kadang-kadang hati nakalku berbicara “Alangkah bagusnya kalau benda yang tak best tu hilang macam tu, dan tak lekat kat hati ni dan tak tinggal di fikiran ni”.
Bila dikenang perkara manis dahulu terasa ingin kembali ke masa itu, seronoknya!! Bila terasa bosan dan ketika itu perkara dahulu muncul di fikiran wahhh hilang bosan terus, tapi bila perkara lalu yang amat memeritkan hati aduuuhh hilang mood terus. Kenapa ya? Huh aku pun tiada jawapan untuk itu, ianya berpangkal pada hati aku sendiri iaitu untuk ikhlas dengan apa yang telah terjadi. Tapi itulah yang susah untuk aku dapatkan keikhlasan dalam hatiku, ianya seperti jauh dariku. Aku berharap ianya hilang sedikit demi sedikit dari hatiku. Tapi ohh nampak gayanya ianya menjadi beban pula. Susah untuk aku berkongsi dengan insan lain. Kan senang jika aku seorang yang mudah untuk bercerita dan berkongsi dengan orang lain. Huh..mogaku mendapat ketenangan hati dan bersabarlah wahai hati agarku boleh tersenyum untuk hari-hari yang mendatang..Wallahualam..

No comments:

Post a Comment